Sudah lama tidak pulang ke desa. Sesekali menjengah kampung halaman semasa hari raya membangkitkan satu suasana yang berbeza jika dibandingkan dengan hari-hari biasa. Perbezaan ketara kerana suasana memainkan faktor. Sesekali dapat berjumpa sahabat lama, yang sudah hampir 15 tahun tidak ketemu mencerminkan satu persahabatan yang abadi. Ramai yang sudah berjaya..ada yang menjadi doktor, guru, peguam, jurutera, pegawai tinggi kerajaan. Namun satu persamaan yang ketara...hampir kesemuanya berperut boroi..hahahha. Maklumlah sudah berumah tangga...datang ke rumah terbuka dengan anak dan isteri.
Perjumpaan seperti biasa..di rumah salah seorang sahabat yang masih menetap di kampung, tetapi menjadi usahawan berjaya. mengabadikan diri di kampung sambil berbakti kepada generasi yang ada di sana. Itu pengorbanan beliau.